• GUNA TEMPLATE INI - 2026-01-04T155835.563
  • GUNA TEMPLATE INI - 2026-01-04T160102.234
1

Takhta Seorang Bidadari By Jasmin Adira

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Worldwide shipping
Secure payments | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Secure payments
Authentic products | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Authentic products

Seindah apa pun di hujung sana, prosesnya tetap menggigit jiwa. Mungkin kerana hidup bukan tentang tiba di hujung, tapi tentang bertahan di tengah ributnya perjalanan. Nureen Raudhah, setelah cinta yang sekian lama dipendam akhirnya terkubur, dia belajar merelakan. Lelaki yang pernah menjadi seluruh doanya kini bahagia di sisi sahabatnya sendiri. Zayran, berkarisma, dan memiliki segalanya. Di sebalik segala kesempurnaan itu, tersimpan bara amarah yang membutakan hatinya. Namun, Tuhan tidak pernah menulis kisah tanpa sebab. Pertemuan mereka adalah permulaan kepada sebuah kebenaran yang tersembunyi. Seorang menolak dengan tegas, enggan memberikan ruang sedikit pun, sementara seorang lagi cuba mengelak. Tiada senyuman mesra, tiada kehangatan yang menyapa. “Aku tak pernah kata kau hina. Kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ini.” – Zayran Di mata Zayran, Raudhah bukanlah wanita yang layak dicintai. Segala-galanya tidak mudah bagi mereka, sehinggalah satu peristiwa mengubah segalanya. Raudhah melarikan diri, tidak sanggup menanggung hinaan manakala Zayran sendiri terjerumus dalam kemalangan yang lahir daripada kesilapan dirinya sendiri. Ego membunuh sebuah cinta yang tulus, dendam merakam sebuah luka yang sukar sembuh. “Saya tak nak ulang benda yang sama. Cinta terlalu menakutkan sehingga boleh mengubah manusia yang baik menjadi jahat.” - Nureen Raudhah Mampukah harapan muncul di tengah kehancuran, ketika cinta menolak dan hati masih menanggung beban kesilapan yang lalu? Benarkah takhta seorang bidadari wujud, atau adakah ia sekadar mimpi bagi insan yang dicerca, dihina, dan dibuang oleh dunia yang sepatutnya melindunginya? “Orang jahat hanyalah manusia yang terluka kerana tidak mampu menerima takdir. Mereka tersesat dalam cinta yang terlalu dalam, hingga buta oleh perasaannya sendiri.”