Ada Apa Dengan Dia? By Maye Ni
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dia Nurul Dania Dawson. Gadis yang tidak sanggup lagi hadapi kekecewaan hidup selepas kepergian ibu dan bapa selama-lamanya. Kini dia hanya punya Zaed, adik yang menjadi pasak harapan pada kebahagiaan hidupnya. Namun apabila Zaed mula mempunyai teman wanita, dia berasa seperti diketepikan, tidak lagi menjadi yang terpenting.
“Tapi lepas mom and dad tak ada, kakak dah tak sanggup nak hadap disappointment dan sebab tu kakak anggap yang kita kena hidup happy aje. It’s not normal, kan?”
Takdir menentukan dia bertemu Aslan dalam pelbagai kebetulan yang tidak disangkakan. Dalam diam dia menyenangi sifat Aslan yang baginya manis namun dominan.
“No worries. Aslan yang ni tak garang macam singa, kan?” — Dani
“No worries too. Nama aje Aslan but I have Peter’s blood, King of Magnificent.” — Aslan
Perhubungan mereka semakin selesa, ditambah pula ibu Aslan sendiri menawarkan diri dipanggil Dani sebagai mama. Dani sungguh gembira sehingga menjadikan Dr. Hanim sebagai VIP dalam hatinya.
“Cukup masa, either you’ll be my VIP, or you’ll just stay as a filler.” — Dani
“Berapa lama probation period Bak before dia dapat jadi VIP you?” — Aslan Belum sempat diputuskan status Aslan; sama ada VIP atau sekadar singgahan dalam hati Dani, satu amaran hinggap ke telinga gadis itu. Amaran daripada seseorang yang benar-benar sayangkan dia.
“Kau baik-baik dengan dia. Kawan boleh, bercinta jangan. Dengar kata dia dumped girlfriend dia kat tepi jalan lepas gaduh. Masuk akal tak? Main tinggal tepi jalan. Tak ke bahaya?” — Yaya
Dani yang takutkan kekecewaan mula berbelah bahagi. Ikut kata hati atau ikut kata mereka yang sayangkannya? Bagaimana dengan rasa rama-rama menari dalam perutnya kalau benar Aslan Hadi sememangnya lelaki red flag?