• GUNA TEMPLATE INI - 2025-12-30T162839.510
  • GUNA TEMPLATE INI - 2025-12-30T162916.005
  • GUNA TEMPLATE INI - 2025-12-30T162818.958
1

Dendam Bayang By Fazrol

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Worldwide shipping
Secure payments | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Secure payments
Authentic products | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Authentic products

Penulis: Fazrol Izwan
Penerbit: Manes Wordworks
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297782065
Bil. Muka surat:223
Format: Paperback
Harga: RM26
Berat: 0.23

Sinopsis

Siapa sangka satu tugasan kuliah menjadi pengalaman tragis buat Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia. Pensyarah mereka, Dr. Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kenamengena langsung dengan subjek yang diambil. Sebagai pelajar jurusan Sains Biologi, mereka perlu membuat tugasan di sebuah banglo lama dan terpencil. “Sejak mula-mula Dr. Sufi bagi kita tajuk ni sampai sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.” – Balqis Tanpa disedari, satu lembaga serba hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Kelibat bayang hitam itu sentiasa mengekori. Ancamannya berbaur dendam yang tidak mereka duga. “Kita akan keluar dari sini. Ingat, kalau apa-apa berlaku tolong jangan berpecah.” – Hazmi Kemelut terus melanda. Hazmi hilang tanpa jejak. Najmi terperangkap di dalam banglo itu. Balqis dan Dahlia pula ditangkap oleh sekumpulan Orang Asli ketika cuba mendapatkan bantuan. “Aku pasti semua ini dirancang atas motif-motif tertentu.” – Najmi. “Aku rasa, itu petunjuk bahawa semua ini dirancang rapi oleh dia.” – Dahlia Siapakah lembaga hitam itu? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada dendamnya? Segala persoalan akan terjawab dalam naskhah penuh saspens ini. Kisah penuh cemas ini mengajak pembaca bermain teka-teki bersama-sama empat sekawan mencari jawapan tentang apa yang sedang mereka alami. Siapa? Kenapa? Bagaimana? Semua persoalan itu akan memaksa anda untuk membaca naskhah ini sehingga ke titik penamat. – Kamalia Ramlan, Editor