Hierarchy By Missliluna
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
“She’s not just a teenager. She’s capable of everything.”
Quinn Isabella, jiwanya jauh melebihi usianya. Dia menjadi tulang belakang kepada unit elit Mysterious Angels, bukan sekadar ejen muda, tetapi seorang pemimpin yang memikul terlalu banyak peranan dalam satu tubuh yang rapuh. Dia dikenali sebagai ‘Devil Princess’ yang kejam dan dingin.
Namun, bagi Ryan Lovis, ketua unit Secret Volitient, Isabella adalah satu teka-teki yang sentiasa ingin dia fahami. Ryan, dengan sifatnya yang sama keras dan ego tinggi seperti Isabella, disiplin dan tegas adalah satu-satunya yang mampu melihat retakan halus di hati Isabella.
“Perlu ke aku percayakan kau?” – QUINN ISABELLA
Pertemuan mereka bukan kisah manis. Kata-kata menjadi senjata, tatapan menjadi peperangan. Mereka saling mencabar, seolah-olah benci itu satu-satunya bahasa yang mereka tahu.
“Kau nak aku buat apa untuk dapatkan kepercayaan kau? You can trust me, Isabella. Please put your faith on me. I’ll prove you, I won’t break.” – RYAN LOVIS
Isabella mula melihat sisi Ryan yang tak pernah dia sangka, lelaki yang memikul beban tanpa suara. Ryan pula, perlahan-lahan memahami, di sebalik dinding keras Isabella, tersimpan jiwa yang hanya mahu didengar dan dipercayai. Sebuah misi besar meledak tanpa amaran, ancaman yang terlalu dahsyat untuk dilawan bersendirian. Demi melindungi yang tak berdosa, Isabella dan Ryan terpaksa berdiri teguh, saling membantu.
Kini, mereka hanya ada dua pilihan: jatuh bersama, atau bertahan bersama. Bagaimana dua manusia yang saling membakar dengan ego dan amarah kini terpaksa bertahan hanya kerana maut sedang mengejar di belakang? Sampai bila mereka mahu berpura-pura membenci, sedangkan satu-satunya jalan untuk terus hidup adalah dengan saling percaya? Mereka bukan sekadar dua jiwa yang bertemu, mereka adalah dua cahaya yang menyala perlahan di dalam gelap dunia, saling menjadi nyawa di saat dunia hampir padam. Cinta bukan sekadar rasa, ia adalah kelemahan, ia adalah sasaran. Bagi Isabella dan Ryan, jatuh cinta bukan penamat kisah, tetapi permulaan kepada perjuangan yang jauh lebih berbahaya. Dan paksi yang menyatukan mereka, perlahan-lahan lenyap, ditelan kepedihan yang membakar.
"I've faced worse and I'll face whatever comes next."