• GUNA TEMPLATE INI - 2026-01-05T105340.553
  • GUNA TEMPLATE INI - 2026-01-05T105630.336
  • GUNA TEMPLATE INI - 2026-01-05T105538.708
1

Hikayat Seribu Bhyangkara By Mastura Jalil

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Worldwide shipping
Secure payments | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Secure payments
Authentic products | KEDAI BUKU BANGGOL (M) SDN BHD
Authentic products

…ia hikayat yang akan kalian corakkan sendiri jalan ceritanya sedangkan aku hanya sang penglipur lara tua yang berhikayat tentang sebuah perjuangan dan pengorbanan…

Hatinya pecah, berbolak-balik dengan kedukaan apabila Kaiiara seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.

Dalam keadaan demikian, pada suatu hari, dia terjatuh ke dalam sungai. Namun, seperti diberikan peluang kedua sebaik sahaja dia tersedar - dia sudah berada dalam satu dunia yang sangat asing; di sebuah kerajaan bernama Darmenta.

Pertelingkahan, perebutan takhta dan huru-hara Kerajaan Darmenta meresapi pengembaraan Kaiiara untuk pulang ke dunia asal. Tetapi dia terheret dalam permainan dendam suku Marais, iaitu sang kaum penerawang bintang yang menganggap Kaiiara sebagai kiriman ketua agung mereka yang ditunggu selama ini. Kemelut berpanjangan tanpa penghujung. Apakah Kaiiara akan keluar daripada belenggu misteri ini?