Shadow:King Of Villains By Arazif
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Apabila kegelapan menjadi mahkota, setiap langkahnya berlumur rahsia. Cinta yang tumbuh di antara mereka bukan sekadar rasa, ia adalah sumpah lama yang terikat oleh darah, dosa, dan takdir.
Rose Al Husna, gadis yang tak pernah percaya pada cinta, perlahan-lahan jatuh hati pada lelaki dingin. Namun cinta yang disimpannya hancur, ketika lelaki itu menolaknya tanpa belas.
“Saya takkan ganggu awak lagi lepas ni. Tapi jangan ingat hati saya akan berhenti mencintai. Selamat tinggal… ” - Rose Al Husna
Tengku Sheikh, di sebalik wajah yang tenang, tersembunyi kisah masa lampau yang hanya dirinya sahaja tahu. Dosa-dosa lama masih bernafas, menunggu saat yang tepat untuk menuntut balas. Rose mula menyedari bahawa cinta bukan sekadar indah tetapi ia juga ujian yang mampu membunuh dari dalam. Perlukah dia mengejar idaman hati, sedangkan dia menyedari langkahnya mungkin terhenti?!
“Ada rahsia yang tak semua orang mampu terima. Ada bahagiman dalam diri ini yang gelap, yang mungkin akan menakutkan. Jika terlalu dekat, api ini mungkin akan menelan kita berdua. Sabar dan lihatlah nanti.” – Tengku Sheikh
Antagonis kini menyamar sebagai pahlawan, topeng mereka berkilau di dalam cahaya tipu daya. Dalam permainan, Villains, Zafran dan Monster menyusuri jejak kegelapan yang tak pernah padam.
Rose harus memilih: menyerahkan hatinya kepada bayangan yang disebut King of Villains, atau melarikan diri sebelum bayangan masa lalu menghancurkan segalanya.
Di hujung segalanya, pelbagai persoalan yang bergema; Adakah cinta mereka tali yang mengikat dua hati, atau jerat halus yang perlahan-lahan menyesakkan nafas mereka? Siapakah yang lebih kuat, dendam yang menelan segala, atau cinta yang berani melawan kegelapan?
“Orang takut pada monster… tapi aku lebih dahsyat. Aku adalah bayangan dalam mimpi tergelapmu.”